Semasa aku sekolah dahulu tiada banyak kemudahan samada dari segi pakaian, buku ,kenderaan dan kelas tambahan. Berlainan pula dengan anak zaman sekarang semua ada. Baju sekolah ku beli sendiri hasil dari kerja mengangkat buah nenas , menoreh getah dan turun ke laut. kerja itu dilakukan pada cuti sekolah iaitu hari jumaat dan sabtu. Kerja sekolah tak pernah dibuat maklumlah balik sekolah dah petang. bila balik rumah dah penat. pada waktu malam hanya berlampukan pelita minyak tanah. itupun sampai pukul 9 malam sahaja. Peluang untuk mengulangkaji pelajaran hampir tiada dalam diari hidupku.
Esok bangun pagi mandi di kolam dengan air berwarna teh maklumlah tanah gambut. masa mandi tak guna sabun mandi cuma guna sabun cap kapak. Manakala arang kayu digunakan untuk menggosok gigi. masa nak pergi mandi terasa sejuk kerana kampungku ini akan di penuhi kabus. Maka dalam keadaan yang gelap itulah aku berjalan ke perigi dan mandi.
Selesai mandi akupun pakailah baju sekolah yang dipakai semalam dan akan dipakai untuk seminggu persekolahan. Bagaimanakah agaknya bau dan warna baju sekolah apabila dipakai seminggu.? ......Selesai memakai baju aku akan kedapur untuk mencari nasi sejuk dan bakar ikan kering dan bubuh minyak kelapa. Nasi dan ikan kering dibungkus dalam upih pinang dan itulah bekalan untuk dibawa ke sekolah sehingga ke petang. Saya akan berjalan kaki sejauh lebih kurang tiga kilometer. Bekalan duit langsung tiada di bawa ke sekolah. Begitulah kitaran hidupku semasa di sekolah rendah.
Hari ini ku lihat anakanak cukup bertuah segala kemudahan dapat dikecapi, Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment